Wednesday, February 23, 2011

UNTUKKU DAN UNTUKMU..




Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup..!


Saturday, February 5, 2011

PERINGATAN...

Riza Saffiya
~AIR SEMBAHYANG~

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'. Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'. Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'. Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'. Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'. Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini' Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'. Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat' Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
riza saffiya (berkongsi minda)

Monday, January 17, 2011

KURSUS KEPIMPINAN MAHASISWA UPSI 2011

Dah lama x update blog ni..agak busy dengan b’bagai aktiviti & program..nampaknya hujung minggu pada bulan ini x dapat nak b’senang-lenang, nak merehatkan diri b’sama kawan2..tidak mengapa, kerna hujung minggu aku di isi dengan program2 yang sangat b’makna & b’faedah..

Apa yang nak aku cerita kat sini..aku baru je selesai mengikuti satu program anjuran HEP, Kursus Kepimpinan Mahasiswa Siri 1..aku merasa agak b’tuah & b’syukur kerana b’peluang mengikuti kursus seperti ini yang mana mungkin tidak ada di universiti lain..(kata En.Anizan)..sepanjang kursus ini, banyak benda yang aku belajar, terutamanya b’kaitan dengan kepimpinan..bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin..bukan senang untuk memimpin sesebuah organisasi @ orang lain, jika memimpin diri sendiri pun kita masih x mampu..namun, aku yakin & percaya, jika kena pada cara & tempatnya, b’bekalkan ilmu kepimpinan yang tinggi, sesebuah kepimpinan itu mampu berjalan dengan lancar & berjaya..

Aku masih ingat kata2 seorang peserta kursus itu, sebelum melakukan sesuatu, berbisiklah pada hati, adakah anda sudah bersedia @ tidak..jika sudah bersedia, maka lakukanlah ia, akan tetapi, jika masih belum bersedia, jangan lakukannya..

Selain itu, dalam kursus ini juga, baru ku tahu & belajar tentang situasi politik kampus serta politik luar..agak rumit & banyak prosedurnya..belum lagi campur dengan agenda2 setiap calon & parti serta penentangan dari pihak2 lain..agak gerun & sedikit bimbang apabila memikirkannya..bagaimana pula jika betul2 berada dalam situasi yang sebenar??mungkin x t’fikir oleh akal saat ini..

Apa pun, ribuan terima kasih kepada pihak HEP, pihak urusetia, fasilitator2 & semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam kursus ini..banyak ilmu2 & input2 yang berguna & boleh dijadikan panduan pada masa akan datang dalam menjadi seorang pemimpin yang berjaya..tahniah juga kepada kumpulan GAGAH SISWA kerana dinobatkan sebagai kumpulan terbaik..namun, bagi aku semua kumpulan adalah terbaik & mantopp...

x lupa juga kepada kumpulan aku, KEJORA..yang bermaksud bintang timur..Adam Adli, Hafiz, Hafifi, Fauzie, Tiqah, Diba, Hajar, Jue, Gee...korang memang best & t’baik..aku yakin & percaya, korang mampu untuk jadi seorang pemimpin yang berjaya & cemerlang..

Sunday, January 2, 2011

KELAHIRANKU


Sedar tak sedar,usiaku kini sudah menginjak ke angka 21...em..cepatnya masa berlalu,aku semakin dewasa..tapi adakah angka 21 itu seiring dengan kematanganku..??huhu..fikir sejenak...tak mengapa, kata orang, angka itu tidak memberikan gambaran yang amat ketara, kesan yang besar..yang penting bergeraklah seiringan dengan keadaan..
Thanks a lot 2 my mom..i luv u so much...tanpa mu mungkin daku tidak berada di bumi yang fana ini sekarang..berbekalkan doamu, ku pasti akan berjaya dalam hidup..insyaAllah..pasti satu masa nanti, ku akan membalas jasamu walau ia tidak akan setimpal apa yang telah kau lakukan pada ku..tapi ku akan berusaha membahagiakanmu dengan kejayaanku...
Sempena ulangtahun kelahiranku yang ke-21 ini, ku berharap hidupku akan lebih berjaya & tabah meniti segala ranjau kehidupan..semoga masih ada sisa2 kebahagiaan untuk diri ini di masa2 akan datang...terima kasih Ya Allah kerana masih memberikanku peluang untuk terus bernafas hingga saat ini...
Hari ni juga merupakan hari pertama bermulanya kuliah bagi sem 4 ni...em..sedar x sedar, dah sem 4 rupanya aku ye..rasa macam baru je lagi aku masuk upsi ni..dah sem 4..cepatnya masa berlalu..huhu..pape pun, hidup mesti diteruskan..pelajaran mesti di utamakan..
Oklah..sampai di sini je dulu coretanku..03 Januari 2011...

Wednesday, December 29, 2010

BINGKISAN 2010


Tahun yang membuatkan aku lebih matang dalam meniti usia, mentafsir sesuatu hubungan persahabatan..membuatkan aku lebih berhati2 dalam b’kawan & menyayangi seseorang..kata orang, sayang 2 biarlah berpada2..jangan mudah menyayangi seseorang, lebih2 lagi orang yang baru kita kenal..kalau nak sayang pun, jangan sampai bawa ke hati yang dalam..nanti memakan diri..banyak makan hati berulamkan jantung..alah, setakat kawan apalah sangat, bukannya kekasih kan nak ngajuk2, terasa hati..tapi sebenarnya itulah yang terjadi..lebih perit disakiti oleh seorang kawan @ sahabat daripada disakiti oleh seorang kekasih..kawan ni kan sampai bila2..sekali kita berkawan, berkawan untuk selamanya..bukan macam kekasih, sekali berkasih, kalau dah tak sehaluan, putus..dah 2 senyap.....kata orang, kalau kita nak tengok seseorang 2, kita tengok dulu siapa kawannya.. so, berhati2 la dalam memilih kawan..jangan tersalah memilih tau..nanti merana diri...


BIBIT2 PERKENALAN & KEMESRAAN


 Buat k.shy, zima, nina, tiqah..bibit2 perkenalan kita masih segar di ingatanku..mungkin sudah takdir Tuhan, sudah tersusun rapi semuanya, x sangka kita boleh jadi rapat kan..macam adik beradik plak rasanya..huhu..hanya pertemuan & perkenalan dalam sebuah program..Bengkel Fasilitator Muda Upsi 2010...memang amat bermakna & meninggalkan 1000 macam kenangan..berlatarbelakang akademik yang berbeza, cikgu sejarah, cikgu pengajian am, cikgu biologi, cikgu bahasa melayu..insyaAllah...akhirnya boleh bersatu, duduk semeja, makan bersama, bergurau senda, ke mana saja..wah..rindunya kat semua 2..huk3..kalian memang sahabat yang baik, pendengar yang setia, penghibur yang sejati..bersama kalian pasti ada saja yang mencuit jiwa, mengeli hati...
Masa mula2..sesi 1 program, x kenal lagi siapa hazimah, amanina, atiqah..maklumlah masih awal, baru nak panaskan minda untuk berkenalan dengan para peserta..tapi kami ada persamaan..ajk la katakan, tapi berbeza bahagian pengurusan..huhu..k.shaiha 2 memang dah lama kenal..maklumlah orang kuat upsi..orang penting..hehe..siapa yang x kenal kan, cik yaya yong..ooppss..dah jadi puan yaya yong dah sekarang..huhu..
Sesi ke-2 program pun masih x kenal...bibit2 perkenalan kami pada sesi ke-3 program, iaitu kem pemantapan di Sg. Chilling..masa 2 la dapat sekumpulan dengan zima & tiqah..memang x sangka, tapi masa 2 kenal2 cam2 je, x mesra pun..huhu..bibit2 kemesraan bermula pada program sesi ke-4 di Camp Salak North, Kuala Kangsar, Perak bersama pelajar tingkatan 2 Madrasah Idrisiah..bermulalah episod titik kerapatan itu..huhu..di sini la mula rapat dengan zima, nina, tiqah..lebih2 lagi masa program 2, hanya kami berempat junior perempuan..k.shy yang banyak memainkan peranan, lagipun dia kan pengarah program..kerana dia la kami boleh jadi rapat..dan memang dah takdir Tuhan..
Setelah balik dari kem 2, kami masih berhubungan antara satu sama lain..keluar makan, minum, jalan2..yang x lupanya, lunch nasi kerabu, kerap jugak la..huhu..pas2 jalan2 kat pesta konvo, p tasik proton city, lepak kat bilik mpp & macam2 lagi..seronoknya..hehe..& 1 lagi teman orang 2 wat tesis..yang x siap2..hik3..p alhamdulillah, akhirnya siap jua walau pada saat akhir..mantop...cayalah kak..hihi..dari sehari ke sehari kasih sayang 2 makin bertambah..& sehingga kini, alhamdulillah, persahabatan 2 masih ada & dalam keadaan baik..semoga perhubungan kita akan terus mekar bak kuntuman bunga di taman selagi diizinkanNYA..insyaAllah..& x lama lagi akak  kita yang sorang ni dah nak p praktikal...semoga akak berjaya la ye..gudluck my dear..& tuk k.shy, zima, nina, tiqah..thanks 4 being my good friend..thanks 4 all...i luv & miss u all always...take care..


EMOSI TERDAMPAR

Dalam sejarah hidupku, tahun 2010 inilah merupakan tahun yang banyak memberi kesan dalam hidupku..tahun yang banyak mencoretkan kisah suka duka dalam kehidupan..namun, ia banyak mengajarku erti berdikari & jangan mudah menyerah kalah...kali 1 aku merasa jatuh tersungkur, tunduk & kalah dengan perasaan serta emosi sendiri..segala yang dipendam selama ini, akhirnya terhambur jua dek kepedihan hati yang x mampu ditanggung lagi..
Entah mengapa pada saat itu aku sudah tidak mampu lagi mempertahankan apa yang disimpan selama ini..bukan ku mahu membuka pekung di dada, tapi kata orang tahap kesabaran itu ada batasnya..& mungkin itulah yang berlaku pada diriku, tahap kesabaranku sudah di tahap yang melangkaui batasnya...hendak atau tidak, semuanya sudah terjadi & tersurat dalam hidupku..yang pasti ku harus teruskan hidup..usah toleh ke belakang, teruslah maju ke depan..namun, kadang2 kisah silam itu pasti akan datang menerjah ke ruang minda walau tidak di pinta ia hadir...
Demi meneruskan hidup yang masih panjang perjalanannya, berbekalkan sokongan & nasihat serta semangat daripada rakan2, aku cuba bangun kembali, kuatkan hati, teguhkan emosi, ku rintangi semua halangan yang berada di depanku kerna ku percaya pasti ada kebahagiaan untuk ku di kemudian hari nanti..insyaAllah..namun, kadangkala terfikir sejenak mengapa harus aku yang melalui hidup seperti ini..tidak seperti insan yang lain, yang mampu mengecapi segala kebahagiaan hidup bersama keluarga tersayang..yang sememangnya patut untuk dinikmati oleh semua insan..tapi aku..???bukan ku mahu menafikan apa yang telah tersurat dalam hidupku, namun kadangkala ku merasa ia tidak adil..Ya Allah..ampunkan aku kerna telah ragu2 terhadap apa yang telah KAU tetapkan dalam hidupku..namun, ku memohon & berharap, janganlah KAU uji diriku dengan sesuatu yang tidak mampu aku pikul..
Tapi ada baiknya, mungkin semua yang ku hadapi dalam hidup sehingga ke hari ini, inilah hikmahnya..ku mampu berdiri di atas kaki sendiri..tanpa mengharapkan apa2 dari orang lain..walau kekadang apa yang diingini agak sukar untuk dicapai, tapi ku tetap berusaha dengan kudrat sendiri..semua rintangan & kesusahan itu banyak mengajarku lebih berdikari walau kekadang ku kalah jua dengan mainan emosi, perasaan sendiri...
Terima kasih banyak2 buat rakan2 yang tidak jemu2 berada di sisi memberikan sokongan, kata2 semangat & cuba membuat diriku tersenyum walau hakikatnya di hati dalam tiada siapa yang tahu..terima kasih buat k.shaiha kerna sudi menjadi pendengar yang setia, hazimah, amanina & atiqah di atas kejutan2 anda & hadiah itu..juga masakan anda..serta nasihat & kata2 semangat...kalianlah yang banyak berada di sampingku saat aku jatuh ketika itu...
Terima kasih juga buat housemate yang tersayang di atas nasihat2..k.zawiah, masamah, hadijah, afiqah & k.zarina..buat kawan2 yang lain, walau nama anda tidak disebut di sini, tapi nama anda sentiasa terpahat di hati..huhu..so, hidup perlu diteruskan..semoga ikatan kita akan terus mekar & berkekalan selamanya..insyaAllah...

Thursday, December 2, 2010

BERBICARA DENGAN CINTA



Kata orang:
"berbicara dengan orang yang tidak kita cintai membuat kita merasa waktu seperti berlalu dengan begitu lambat sekali, tetapi jika kita berbicara dengan orang yang kita cintai,seringkali kita merasakan waktu yang diberi sangat pendek dan membuatkan kita berkata, alangkah indahnya jika aku diberikan waktu satu saat lagi untuk bersama orang ini"
sahabat, jika kita memahami cinta dari konteks yang lebih besar, kita akan mendapati cinta memainkan peranan yang sangat besar dalam dakwah.
maka syeikh Abbas Assisiy menulis buku atthoriq ilal qulub(jalan menuju hati) Ada benarnya kata-kata di atas, dan kita semua merasakannya mungkin.
maka oleh itu sahabat, sangat penting bagi kita untuk meniup ruh-ruh cinta dalam diri objek dakwah khususnya.
Semoga Allah merahmati orang yang mengeluarkan kata-kata ini: "barangsiapa yang mendapatkan hati seseorang maka ia mendapatkan seluruhnya" sentuhlah hati-hati yang perlu disentuh dengan cinta.
tiupkan ruh cinta ke dalam jiwa objek dakwah kita... agar dia merasakan cinta yang kita berikan dan semoga cinta kita dibalas dengan cinta..dengan satu harapan, "dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah"

My blog coming...

skrg msih dlam proses m'yiapkan blog..cume tggal pecutan t'akhir tuk di lncrkn...huhu...