Dah lama x update blog ni..agak busy dengan b’bagai aktiviti & program..nampaknya hujung minggu pada bulan ini x dapat nak b’senang-lenang, nak merehatkan diri b’sama kawan2..tidak mengapa, kerna hujung minggu aku di isi dengan program2 yang sangat b’makna & b’faedah..
Apa yang nak aku cerita kat sini..aku baru je selesai mengikuti satu program anjuran HEP, Kursus Kepimpinan Mahasiswa Siri 1..aku merasa agak b’tuah & b’syukur kerana b’peluang mengikuti kursus seperti ini yang mana mungkin tidak ada di universiti lain..(kata En.Anizan)..sepanjang kursus ini, banyak benda yang aku belajar, terutamanya b’kaitan dengan kepimpinan..bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin..bukan senang untuk memimpin sesebuah organisasi @ orang lain, jika memimpin diri sendiri pun kita masih x mampu..namun, aku yakin & percaya, jika kena pada cara & tempatnya, b’bekalkan ilmu kepimpinan yang tinggi, sesebuah kepimpinan itu mampu berjalan dengan lancar & berjaya..
Aku masih ingat kata2 seorang peserta kursus itu, sebelum melakukan sesuatu, berbisiklah pada hati, adakah anda sudah bersedia @ tidak..jika sudah bersedia, maka lakukanlah ia, akan tetapi, jika masih belum bersedia, jangan lakukannya..
Selain itu, dalam kursus ini juga, baru ku tahu & belajar tentang situasi politik kampus serta politik luar..agak rumit & banyak prosedurnya..belum lagi campur dengan agenda2 setiap calon & parti serta penentangan dari pihak2 lain..agak gerun & sedikit bimbang apabila memikirkannya..bagaimana pula jika betul2 berada dalam situasi yang sebenar??mungkin x t’fikir oleh akal saat ini..
Apa pun, ribuan terima kasih kepada pihak HEP, pihak urusetia, fasilitator2 & semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam kursus ini..banyak ilmu2 & input2 yang berguna & boleh dijadikan panduan pada masa akan datang dalam menjadi seorang pemimpin yang berjaya..tahniah juga kepada kumpulan GAGAH SISWA kerana dinobatkan sebagai kumpulan terbaik..namun, bagi aku semua kumpulan adalah terbaik & mantopp...
x lupa juga kepada kumpulan aku, KEJORA..yang bermaksud bintang timur..Adam Adli, Hafiz, Hafifi, Fauzie, Tiqah, Diba, Hajar, Jue, Gee...korang memang best & t’baik..aku yakin & percaya, korang mampu untuk jadi seorang pemimpin yang berjaya & cemerlang..
No comments:
Post a Comment