Monday, January 17, 2011

KURSUS KEPIMPINAN MAHASISWA UPSI 2011

Dah lama x update blog ni..agak busy dengan b’bagai aktiviti & program..nampaknya hujung minggu pada bulan ini x dapat nak b’senang-lenang, nak merehatkan diri b’sama kawan2..tidak mengapa, kerna hujung minggu aku di isi dengan program2 yang sangat b’makna & b’faedah..

Apa yang nak aku cerita kat sini..aku baru je selesai mengikuti satu program anjuran HEP, Kursus Kepimpinan Mahasiswa Siri 1..aku merasa agak b’tuah & b’syukur kerana b’peluang mengikuti kursus seperti ini yang mana mungkin tidak ada di universiti lain..(kata En.Anizan)..sepanjang kursus ini, banyak benda yang aku belajar, terutamanya b’kaitan dengan kepimpinan..bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin..bukan senang untuk memimpin sesebuah organisasi @ orang lain, jika memimpin diri sendiri pun kita masih x mampu..namun, aku yakin & percaya, jika kena pada cara & tempatnya, b’bekalkan ilmu kepimpinan yang tinggi, sesebuah kepimpinan itu mampu berjalan dengan lancar & berjaya..

Aku masih ingat kata2 seorang peserta kursus itu, sebelum melakukan sesuatu, berbisiklah pada hati, adakah anda sudah bersedia @ tidak..jika sudah bersedia, maka lakukanlah ia, akan tetapi, jika masih belum bersedia, jangan lakukannya..

Selain itu, dalam kursus ini juga, baru ku tahu & belajar tentang situasi politik kampus serta politik luar..agak rumit & banyak prosedurnya..belum lagi campur dengan agenda2 setiap calon & parti serta penentangan dari pihak2 lain..agak gerun & sedikit bimbang apabila memikirkannya..bagaimana pula jika betul2 berada dalam situasi yang sebenar??mungkin x t’fikir oleh akal saat ini..

Apa pun, ribuan terima kasih kepada pihak HEP, pihak urusetia, fasilitator2 & semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam kursus ini..banyak ilmu2 & input2 yang berguna & boleh dijadikan panduan pada masa akan datang dalam menjadi seorang pemimpin yang berjaya..tahniah juga kepada kumpulan GAGAH SISWA kerana dinobatkan sebagai kumpulan terbaik..namun, bagi aku semua kumpulan adalah terbaik & mantopp...

x lupa juga kepada kumpulan aku, KEJORA..yang bermaksud bintang timur..Adam Adli, Hafiz, Hafifi, Fauzie, Tiqah, Diba, Hajar, Jue, Gee...korang memang best & t’baik..aku yakin & percaya, korang mampu untuk jadi seorang pemimpin yang berjaya & cemerlang..

Sunday, January 2, 2011

KELAHIRANKU


Sedar tak sedar,usiaku kini sudah menginjak ke angka 21...em..cepatnya masa berlalu,aku semakin dewasa..tapi adakah angka 21 itu seiring dengan kematanganku..??huhu..fikir sejenak...tak mengapa, kata orang, angka itu tidak memberikan gambaran yang amat ketara, kesan yang besar..yang penting bergeraklah seiringan dengan keadaan..
Thanks a lot 2 my mom..i luv u so much...tanpa mu mungkin daku tidak berada di bumi yang fana ini sekarang..berbekalkan doamu, ku pasti akan berjaya dalam hidup..insyaAllah..pasti satu masa nanti, ku akan membalas jasamu walau ia tidak akan setimpal apa yang telah kau lakukan pada ku..tapi ku akan berusaha membahagiakanmu dengan kejayaanku...
Sempena ulangtahun kelahiranku yang ke-21 ini, ku berharap hidupku akan lebih berjaya & tabah meniti segala ranjau kehidupan..semoga masih ada sisa2 kebahagiaan untuk diri ini di masa2 akan datang...terima kasih Ya Allah kerana masih memberikanku peluang untuk terus bernafas hingga saat ini...
Hari ni juga merupakan hari pertama bermulanya kuliah bagi sem 4 ni...em..sedar x sedar, dah sem 4 rupanya aku ye..rasa macam baru je lagi aku masuk upsi ni..dah sem 4..cepatnya masa berlalu..huhu..pape pun, hidup mesti diteruskan..pelajaran mesti di utamakan..
Oklah..sampai di sini je dulu coretanku..03 Januari 2011...